Got this email from someone, hmmmmm very interesting.....just wanna share with u guys for us to ponder di hari Nisfu Syaaban ni.
Sesungguhnya sabar itu SEPARUH dari Iman.
Di tambah lagi dengan sholat, sedekah jariah, puasa, haji/umrah, membaca Al Quran, tolong menolong dan sekelian amalan yang lain.....
Semoga mendapatkan kurniaan IMAN yang sentiasa segar dan kukuh, insyaAllah.
Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap Muslim.Sifat itu mempunyai kesan besar dalam kehidupan kerana dapat menyelamatkan seseorang daripada terjebak dalam tindakan yang tidak sepatutnye dilakukan.
Justeru, sifat pemaaf dapat meletakkan seseorang pada kedudukan yang tinggi dan dipandang mulia oleh masyarakat.
Firman Allah bermaksud:"Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan."(Surah Ali Imran, ayat 132).
Orang yang sifat pemaaf adalah insan yang tidak berdendam dan buruk sangka terhadap orang lain.Biarpun dia pernah diperlakukan dengan sesuatu yang menimbulkan marah, dia memaafkan perbuatan itu dan menerimanya dengan fikiran positif.
Insan bersifat pemaaf dan berhati mulia ini tidak hanya memaafkan apabila pelakunya memohon maaf bahkan bersikap terbuka.
Sifat pendendam adalah penyakit jiwa yang boleh mendatangkan pelbagai sifat negatif lain dalam diri.Jadi, sesiapa ingin membersihkan diri daripada sifat negatif haruslah terlebih dulu membuang sifat dendam.
Sifat pemaaf adalah lawan sifat pendendam yang membersihkan kekotoran hati.Melaluinya, insan pemaaf tidak berasa dendam terhadap orang lain.Dia memaafkan perkara yang lalu, sedang berlaku dan mungkin juga apa yang akan berlaku.
Sifat itu memberi keyakinan diri bahawa yang berhak menghukum hanyalah Allah.Biarlah Allah menentukan balasannya.
Memang orang yang dizalimi berhak membalas balik perbuatan itu.Namun, yang lebih baik ialah memberi kemaafan yang mendatangkan kebaikan.Dengan yang demikian, maka insan pemaaf akan diberi pahala berlipat ganda oleh Allah.
Firman Allah bermaksud:"Dan bagi orang yang dizalimi mereka akan membela diri.Balasan sesuatu kejahatan adalah kejahatan yang sama.Maka, sesiapa yang memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya adalah tanggungan Allah.Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang zalim."(Surah asy-Syura, ayat 39-40)
Biarpun islam membenarkan membalaskan kejahatan dengan kejahatan yang sama, adalah lebih baik lagi jika diselesaikan secara memberi kemaafan.Ini bagi mengelak perkara yang buruk menjadi berterusan.Disebabkan membalas itu mungkin berlaku ketidakadilan apabila balasan lebih teruk.Ini tentu pula meninbulkan perasaan tidak puas hati pihak yang dibalas.
Sebenarnya tidak rugi kita memaafkan orang lain.Apa yang telah berlaku telah memjadi sejarah.Kita perlu melihat keuntungan di akhirat berdasarkan janji yang diberikan oleh Allah melalui ayat diatas.
Syaitan pernah memberitau Nabi Musa bagaimana dia mendekati manusia supaya melakukan perbuatan yang dilarang agama dengan katanya:"Tiga perempat daripada masa yang paling baik untuk aku mengoda manusia ialah sewaktu mereka didalam keadaan marah, kerana pada masa itu aku boleh memain-mainkan hati mereka seperti sebiji bola".
Islam menganjurkan kita agar saling memaafan demi mewujudkan kesejahteraan dalam kehidupan.